Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Buka Coli Di...

SEORANG wanita warga tempatan yang menimbulkan kekecohan di Jalan Petaling dengan membuka colinya...

19 Juta Pengikut Twitter...

MUMBAI - Dalam dunia filem Bollywood, siapakah yang lebih 'handal' daripada pelakon kacak...

Hafizh Syahrin Raih Tempat...

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan...

Pertumbuhan KDNK PKS Diunjur...

KUALA LUMPUR — Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana...

Ketakutan Diganggu ‘Poltergeist’ Pasangan Ibu Anak Hubungi Polis

SEORANG ibu dan anak lelakinya umpama ‘dihalau’ dari kediaman mereka oleh apa yang dipercayai sebagai entiti yang dikenali sebagai ‘Poltergeist’ .

Mereka dikatakan dihantui oleh oleh entiti itu melalui beberapa siri gangguan.

Polis dihubungi ke rumah mereka yang ketakutan di Glasgow, Scotland setelah anjing jenis Chihuahua peliharaan mereka dan beberapa helai pakaian terapung-apung di udara pada minggu lalu.

Ketakutan Diganggu 'Poltergeist' Pasangan Ibu Anak Hubungi Polis

Menurut sumber dalaman kepada laman Express.co.uk, mangsa yang tidak tahan dan tertekan diganggu oleh ‘situasi pelik’ itu nekad menghubungi pihak polis.

“Ini adalah kejadian yang disaksikan oleh anggota-anggota kami sendiri. Kejadian itu sukar untuk dijelaskan,” kata seorang saksi yang kebingungan.

Jelas saksi itu lagi, kejadian itu disaksikan sendiri oleh anggota kami yang telah pun berkhidmat lebih dari 20 tahun dan mereka memberitahu tidak pernah melihat kejadian seumpama itu.

Bagaimanapun, pihak kami merasakan itu adalah kejadian yang dipanggil Poltergeist.

Ketakutan Diganggu 'Poltergeist' Pasangan Ibu Anak Hubungi Polis


Poltergeist adalah sebuah fenomena supernatural mengerikan berkaitan gangguan fizikal seperti suara yang keras hingga benda-benda yang bergerak sendiri.

Beberapa pendapat mengatakan bahawa Poltergeist mampu menyerang manusia dalam bentuk cubitan, gigitan, dan tersadung (jatuh).

Seorang paderi telah dipanggil untuk ‘menyucikan’ kediaman itu daripada entiti berkenaan. Bagaimanapun identiti mangsa tidak didedahkan.

Menurut jurucakap polis Scotland, pihaknya telah mengunjungi rumah terbabit pada 8 dan 9 Ogos lalu berikutan laporan yang diterima namun tiada unsur-unsur jenayah ditemui.

“Tiada bukti jenayah ditemui dan nasihat dan bimbingan diberikan kepada mangsa,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori