Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TDM Mampu Hadapi Ancaman...

PORT DICKSON - Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata...

Wanita Batuk Sampai Patah...

SEORANG wanita warga emas yang berusia 66 tahun, yang menghidap selesema, terkejut selepas...

Durian Ganja Semakin Popular

DURIAN ganja yang memiliki tangkal panjang atau D158 antara lebih 20 jenis raja...

Usaha Baik Pulih Apartment...

HULU SELANGOR - Usaha membaikpulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman...

Ketepikan Perbezaan, Pastikan Perpaduan Dan Kebersatuan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan latar belakang demi memastikan perpaduan dan kebersatuan kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain itu, rakyat juga perlu menjalin semula hubungan yang difikirkan retak untuk mencapai tujuan tersebut.

“Saya fikir kita harus renung semula tahap kesatupaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Mesej penting adalah untuk mengetepikan perbezaan-perbezaan latar belakang dalam kalangan kita,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai Amanat Merdeka 2016 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Majlis itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata slogan ‘Sehati Sejiwa’ harus dihayati dalam menjalin perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita jalin semula hubungan yang retak jika ada. Satukanlah hati, satukanlah jiwa. Sehati sejiwa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori