Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sayunya… 2 Anak Kecil...

KULAI - Seorang guru wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui meninggal...

Jururawat Maut, Kereta Dipandu...

JOHOR BAHRU - Seorang jururawat hospital swasta maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan...

Gambar Pertemuan Anwar Dengan...

Beberapa hari lalu, portal Malaysia Today menerusi artikel bertajuk “Jude : I Was...

KFA Akan Wujudkan Jawatan...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melantik seorang Ketua Pegawai...

Khairy Jamaluddin Dedah Maklumat Pendrive Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat pengumuman mengenai isi kandungan dalam pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Beliau berkata, berdasarkan bacaannya sejak pendrive kontroversi itu diterima baru-baru ini, ia banyak berkisar soal teknikal dalam bola sepak Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Khairy memberi jaminan jika ia mempunyai unsur dan bukti penyelewengan atau ketirisan, pihaknya sendiri akan menyerahkan sendiri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ia adalah dokumen teknikal bola sepak berkenaan FAM, pasukan kebangsaan, sistem kejurulatihan.

“Ia bukan satu dokumen yang menyentuh soal penyelewengan keseluruhannya dan saya masih perlu teliti (semua kandungan).

“Saya sendiri akan serah jika ada bukti penyelewengan kepada SPRM.


“Takkan perlu untuk kita hantar maklumat teknikal mengenai corak permainan pasukan kebangsaan kepada mereka (SPRM),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Khairy sebelum ini menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu itu yang diserahkan oleh Tunku Ismail.

Ia didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori