Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Bengang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang kerana ramai beranggapan perhimpunan...

Ustaz Kazim Tak Selesa...

ZAMAN ini golongan selebriti bukan sahaja terdiri daripada personaliti dalam industri hiburan, tetapi...

PLUS Tunda Pelaksanaan Tol...

KUALA LUMPUR - PLUS  Malaysia Berhad (PLUS) menunda pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan...

Cemburu Mungkin Punca Wanita...

MACHANG – Perasaan cemburu mungkin menjadi punca seorang wanita hamil tujuh bulan maut...

Konsert ‘Sides’ Tonjolkan Sisi Matang Dan Dewasa Afgan

BINTANG terkenal dan sensasi Indonesia, Afgan bakal mengadakan sebuah konsert yang dinamakan Afgan ‘Sides’ Live in Malaysia 2016 pada 3 September ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Menurut laman berita tempatan, Afgan atau Afgansyah Reza, 27 mengadakan konsert tersebut sempena pelancaran album terbarunya yang berjudul Sides yang mengandungi 13 buah lagu.

Menariknya sepuluh daripadanya adalah ciptaan Afgan sendiri. Album terbaharunya itu menampilkan genre berentak pop, soul, R&B, electronic dance dan beberapa lagi.

Konsert 'Sides' Tonjolkan Sisi Matang Dan Dewasa Afgan

Afgan sememangnya terkenal dengan lantunan suara yang hebat menerusi beberapa buah lagu antaranya Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi. Malah penyanyi ini juga pernah berduet dengan beberapa artis terkenal antaranya Datuk Rossa.

Menurut Afgan kepada laman itu, menerusi album terbaharunya, dia akan cuba menampilkan sisi lain dirinya yang lebih matang dan akan memberikan persembahan yang terbaik sewaktu konsert yang bakal berlangsung nanti.

“Sebagaimana pemahaman erti Sides itu sendiri, saya akan tonjolkan diri saya daripada pelbagai sudut berbeza terutama kematangan dan kedewasaan saya sebagai penyanyi yang kini turut cuba mencipta lagu dan menulis lirik. Semua lagu dalam Sides amat peribadi buat saya.

Konsert 'Sides' Tonjolkan Sisi Matang Dan Dewasa Afgan


“Sepanjang hampir dua jam konsert itu berlangsung saya akan menyanyikan 22 lagu daripada album terdahulu termasuk lima lagu daripada album Sides.

“Saya juga akan membawa 30 pemuzik dari Indonesia. Saya akan pastikan Dewan Merdeka yang gah itu benar-benar terisi,” katanya.

Selain itu, dia juga akan menyelitkan segmen tribute untuk artis Malaysia yang diminatinya namun untuk siapa dan lagu apa, masih dirahsiakan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • Afgan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori