Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Henti Pertikai Sekolah Vernakular...

KUALA LUMPUR - Pihak yang tidak berpuas hati dengan kedudukan sekolah vernakular di...

Sekitar 400 Sampel Akan...

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS)...

68 Maut Banduan Merusuh...

Tahap keganasan yang luar biasa di penjara Ecuador. Bagaimana banduan boleh ada aksess kepada pistol dan senjata api?

PKP Fasa Kedua Tamat...

KUALA LUMPUR - Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 April...

KPTM Ke Arah Pembangunan Negara Bangsa

MEMILIKI portfolio utuh selaku insitusi pendidikan dan pengajian tinggi yang sudah lebih 30 tahun bertapak di negara ini cukup untuk membayangkan, kesediaan KPTM melahirkan graduan-graduan berintegriti tinggi dan memiliki pembangunan modal insan terpuji.

 Itu antara bicara optimis dilontarkan Timbalan Presiden Akademik, Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Ismail Bin Junuh, dalam satu pertemuan dengan Mynewshub di pejabatnya, baru-baru ini.

KTPM Ke Arah Pembangunan Negara Bangsa
Timbalan Presiden Akademik / Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Ismail Bin Junuh.

Ismail berkata, KPTM yang bermula hanya sebagai Maktab Sains Mara yang diurus Yayasan Pelajaran Mara dengan kampus sulung di Kuantan, Pahang pada 1983, kini boleh berbangga apabila berterusan memacu kecemerlangan bukan sahaja dalam pendidikan profesional dan separa profesional tetapi juga semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kredibiliti dan kualiti pendidikan KPTM terbukti dengan penaiktarafan Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur kepada Kolej Universiti Poly- Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL) pada Oktober 2015.

“Kumpulan Institusi Pendidikan KPTM memiliki sembilan cawangan di seluruh negara dan setelah kampus induk di Kuala Lumpur menjadi kolej universiti, kita berhasrat menambah banyak lagi program ijazah berdasarkan rekod pencapaian kita,” ujar Ismail.

Kumpulan institusi KPTM menawarkan tujuh bidang pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, ijazah sarjana dan profesional meliputi lapangan Kejuruteraan, Perniagaan & Perakaunan, Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Multimedia Kreatif, Sains Sosial & Kemanusiaan, Bio-Industri & Sains Kesihatan dan Profesional.

Bagi pengajian peringkat ijazah dan ijazah sarjana secara sepenuh masa serta Pendidikan Rentas Sempadan, ianya terbuka kepada semua bangsa di Malaysia.

Program Rentas Sempadan yang diterokai oleh KPTM Bangi, turut membuktikan kewibawaan institusi ini apabila berjaya memperoleh kepaercayaan IPT swasta terbesar di Ireland yang cukup disegani dalam bidang pengajian perakaunan, Dublin Business School Ireland (DBS).


KTPM Ke Arah Pembangunan Negara Bangsa
Pensyarah senior Dublin Business School memotret kenangan bersama pelajar ketika menghadiri lawatan ke KPTM Bangi pada tahun lalu.

Apa yang lebih membanggakan apabila program francais secara transnasional itu telah menobatkan KPTM Bangi sebagai satu-satunya IPT di luar Ireland yang menawarkan program Bachelor of Arts (hons) in Accounting and Finance daripada DBS, malah yang pertama menerima akreditasi Quality and Qualifications Ireland (QQI), sekaligus menjadi pengorak langkah ke arah proses menjadi universiti penuh satu hari nanti.

Dalam pada itu KUPTMKL turut mencatat prestasi cemerlang sebagai pusat pembelajaran program profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Ianya terbukti menerusi kejayaan  pelajar-pelajarnya meraih pengiktirafan antarabangsa, antaranya apabila memenangi Top Scorer CAT Paper World for Foundations in Financial Management dan meraih tempat kedua bagi World Prize Winner CAT-ACCA for Financial Transactions.

 Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Siti Nur Nadhirah Rusli memperoleh pencapaian terbaik dalam peperiksaan Certifieddalam peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) World Prize winner.tempat kedua dalam peperiksaan program profesional Persijilan Akauntan Teknikal-Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (CAT-ACCA) yang diadakan pada Disember tahun lepas.
Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Cheras, Siti Nur Nadhirah Rusli mendapat tempat kedua dalam peperiksaan program profesional Persijilan Akauntan Teknikal-Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (CAT-ACCA) yang diadakan pada Disember 2015.

Formula sistem pendidikan berpusatkan pelajar yang turut diperkaya dengan nilai-nilai keusahawanan, menjadikan graduan KUPTMKL memiliki daya saing dan kebolehpasaran yang tinggi sekaligus memberi nilai tambah yang cukup berbaloi buat pemain industri yang mengambil mereka bekerja.

Buat lepasan SPM ke atas yang berminat menyambung pengajian, usah ragu-ragu untuk meletakkan KPTM/KUTPM sebagai pilihan utama anda memandangkan pengambilan September bagi program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana kini sudahpun dibuka. Layari www.kptm.edu.my untuk memulakan langkah pertama anda ke arah kecemerlangan karier pada masa depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori