Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Vokalis Utama Patah Kaki,...

BARU-baru ini vokalis kepada kumpulan rock popular Foo Fighters, Dave Grohl telah patah...

Prototaip Kereta Nasional Baharu...

KUALA LUMPUR - Prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsikan kepada umum secepatnya...

Penetapan Hukum, Fatwa Perlu...

PUTRAJAYA - Penentuan sesuatu hukum atau fatwa di negara ini perlu mengambil kira...

Rakyat Usah Khuatir, NPRA...

KUALA LUMPUR - Menganalisis data untuk memilih vaksin COVID-19 yang terbaik dan tepat...

KTMB Jual Awal 2 Juta Tiket Sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR – Jualan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan KTM Intercity bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2017 dibuka enam bulan lebih awal.

KTMB dalam satu kenyataan media berkata, langkah itu bertujuan memenuhi permintaan orang ramai dan memudahkan mereka membuat perancangan lebih awal.

“Sebanyak dua juta tiket perjalanan ditawarkan untuk kesemua laluan bermula 17 Ogos 2016 hingga sambutan Tahun Baharu Cina,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KTMB, tiket-tiket boleh dibeli melalui kaunter KTM Intercity, ejen berdaftar dan melalui pembelian atas talian dengan kadar serendah RM10.

KTMB bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya menyemak butiran tiket yang dibeli dan menyimpannya dalam keadaan selamat hingga digunakan.

“KTMB akan menyediakan varian sajian makanan yang berkualiti dan djamin halal termasuk vegetarian, makanan cina, india dan barat.


“KTMB buat julung kali akan menjadi operator keretapi pertama di dunia menawarkan menu Dim Sum yang halal di atas tren,” kata kenyataan itu lagi.

KTMB dalam pada itu memaklumkan KTM Intercity akan menawarkan tambang murah sehingga 50 peratus bagi perkhidmatan ETS dan tren Southern Ekspress pada Ogos ini. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori