Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cuti 30 Hari Tempoh...

KUALA LUMPUR - Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Tun Razak...

Inovasi Penjagaan Kesihatan Penting,...

KUALA LUMPUR - Inovasi dalam penjagaan kesihatan bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia...

PRK: BN Sedia Hadapi...

LUNDU - Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Lelaki Selamba Bogel Dalam...

SEORANG lelaki mengejutkan orang ramai di Lapangan Antarabangsa Nashville selepas berkeliaran dalam keadaan bogel...

KWSP: RM25.1b Digunakan Untuk Simpanan Shariah

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa setakat Ahad, 14 Ogos 2016, sebanyak 25.09 peratus atau RM25.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 telah digunakan sejak tarikh pendaftaran dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata jumlah pendaftaran Simpanan Shariah pada minggu pertama sangat memberangsangkan, dan menjangkakan lebih ramai ahli akan mendaftar untuk Simpanan Shariah 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata sehingga kini, sebanyak 208,795 pendaftaran terkumpul bagi Simpanan Shariah dicatat, dan secara puratanya lebih 40,000 pendaftaran sehari direkodkan pada minggu pertama.

“Ahli diingatkan bahawa tarikh tutup pendaftaran Simpanan Shariah 2017 ialah pada 23 Dis 2016, tertakluk kepada peruntukan dana RM100 bilion tersebut,” katanya.

Mengenai kebimbangan ahli yang tidak dapat mendaftar sebelum tarikh tutup, Shahril memberi jaminan bahawa pendaftaran bukan merupakan acara sekali sahaja, dan ahli masih berpeluang untuk mendaftar Simpanan Shariah pada tahun berikutnya.


“Kami menjangkakan antara RM20 bilion ke RM30 bilion akan disuntik ke dalam Simpanan Shariah setiap tahun, tertakluk kepada permintaan ahli dan ketersediaan aset.

“Ahli masih boleh menukar kepada Simpanan Shariah pada masa hadapan walaupun jumlah peruntukan permulaan RM100 bilion telah digunakan pada 2017,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori