SELEPAS putus tunang dengan aktor dan model Taylor Kinney Jun lalu, penyanyi sensasi Lady Gaga nampaknya tidak menunggu lama untuk mendapat penganti.
Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Angelina Germanotta, 30, kini dikatakan rapat dengan seorang pelakon yang 31 tahun lebih tua daripadanya.
Gaga dikesan menikmati makan malam romantik bersama Ray Liotta; 61, di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Pelantun lagu Bad Romance dan Ray sebelum ini pernah terlibat dalam sebuah filem berjudul Sin City: A Dame To Kill For pada 2014. – MYNEWSHUB.CC