Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muncung Pesawat Berlubang Dirempuh...

KHARTOUM - Sebuah pesawat Tarco Air milik syarikat penerbangan Sudan berlubang di bahagian...

Perangi Berita Palsu Antara...

KUALA LUMPUR - Pengamal media hari ini menyatakan komitmen kukuh untuk memerangi habis-habisan...

IPD Gombak Beri Diskaun...

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Selangor akan membuka...

Seorang Warga Emas Maut...

JEMPOL - Seorang warga emas ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di...

Lamborghini Dicuri Minggu Lepas Ditemui Semula

KUALA LUMPUR – Polis menemukan semula kereta mewah Lamborghini berharga lebih RM800,000 yang dilapor dilarikan minggu lepas, di Jalan Wawasan, Puchong, Selangor dan menahan dua lelaki dalam kes itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun berhampiran Plaza Tol Rawang ketika ia ditemui pada 8 malam, Khamis lalu.

“Ia susulan penahanan seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah restoran di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling pada 5 petang hari sama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

‘Berputih Mata’ Lamborghini RM800K Dilarikan

Megat Mohd. Aminuddin berkata dua lelaki itu kemudian dilepaskan dengan jaminan polis, namun siasatan masih diteruskan.


Lamborghini itu dilaporkan dipandu seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun sebelum dilarikan tiga penjenayah bersenjatakan parang susulan satu ‘pelanggaran’ dengan kereta yang dinaiki mereka.

Beliau berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan rompak bersenjata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori