SEPULUH hari selepas kempen Live via Instagram dilancarkan, lebih 80 laporan berfoto dan video disalurkan melalui Instagram @tvalhijrah114 melalui lima kru yang kini berada di Tanah Suci.
Kempen eksklusif ini bermula 3 Ogos dan akan berakhir pada 14 September ini.
Malah, views video yang dipaparkan melangkaui 3 ribu likes. Manakala purata tontonan melepasi seribu bagi setiap video.
Kempen Live via IG Laporan Musim Haji 1437 menjadi pelopor apabila IG digunakan sebagai platform pemberitaan laporan Musim Ibadah duyufurrahman yang bakal menyatukan 4 juta umat Islam di Tanah Suci tahun ini.
“Sebagai pelopor, kami mahu sentiasa di hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.
Laporan Live via @tvalhijrah114 ini diketuai Ainur Mardhiah Az Zahra dan pengacara Syafinaz Yunus.
Ikuti IG @tvalhijrah114. Musim Haji 1437, kini live di gajet anda. – MYNEWSHUB.CC