Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakaman Video Pengundi Bersumpah...

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara...

Bangsal Buruk Berharga £1...

Ia hanya bangsal buruk yang hanya menunggu masa untuk rebah. Namun tahukah anda...

Najib Mampu Jadikan M’sia...

BEKAS Mufti Jordan, Prof. Dr. Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Gimnastik, Gimrama Bukan Sukan...

KUALA LUMPUR - Takrifan 'ghairah' tidak pernah wujud dalam sukan gimnastik dan gimrama...

Lee Chong Wei Mampu Sumbang Emas Di Rio- Frost

RIO DE JANEIRO – Badminton Malaysia menunjukkan kebangkitan di Sukan Olimpik di sini dan kemuncaknya akan hadir menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen yakin Chong Wei akan meraih pingat emas acara perseorangan manakala beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mampu melakukannya.

Katanya beregu campuran negara telah menang tiga kali di temasya ini manakala beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong – juga mempunyai keupayaan untuk menang tetapi masih belum menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

“Saya memang terkejut dengan pencapaian beregu lelaki negara,” katanya selepas menyaksikan kejayaan Peng Soon-Liu Ying menundukkan Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 di separuh akhir, hari ini.

“Selama ini, saya telah katakan Chong Wei akan mendapat pingat emas Sukan Olimpik,” kata legenda badminton Denmark itu.

Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam perlawanan penentuan pingat emas pada Rabu.


Frost mengakui pasangan Indonesia itu adalah lawan yang sukar dan menjadi pilihan tetapi menegaskan tidak mustahil bagi Peng Soon-Liu Ying meneruskan momentum kemenangan mereka untuk membuat kejutan.

“Gandingan Indonesia itu telah bermain bersama di peringkat tinggi untuk tempoh yang agak lama tetapi beregu negara pula menunjukkan pencapaian membanggakan sejak 18 bulan lalu,” katanya.

Chong Wei dijangka menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen di suku akhir pada Rabu dan seandainya segalanya mengikut perancangan, beliau akan berdepan musuh ketatnya yang juga juara dua kali Olimpik, Lin Dan di separuh akhir pada Jumaat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori