Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Adik Beradik Rentung Lori...

PATTANI - Pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa minyak diesel dinaiki mereka...

Lima Suspek Geng Pecah...

SEREMBAN - Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas...

PSMZA Adakan Kempen Derma...

DUNGUN - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mengadakan kempen derma...

Agong Berkenan Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Lelaki Ditemui Maut Akibat Ditetak Di Kepala

IPOH – Seorang lelaki ditemui maut akibat ditetak di kepala di garaj sebuah rumah, di Laluan Temenggong, Pasir Puteh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Raymond, 35, ditemui orang awam yang melalui kawasan rumah teres dua tingkat itu kira-kira pukul 7.38 pagi.

“Mangsa yang berasal dari Buntong, di sini ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah serta terdapat kesan tetakan pada bahagian kanan kepalanya.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku beberapa jam sebelum mangsa ditemui orang awam. Polis turut menemui dompet serta telefon bimbit dipercayai milik mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata penghuni rumah berkenaan yang terdiri daripada tiga wanita bagaimanapun tidak menyedari kejadian itu.


Sum berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut di sekitar kawasan itu termasuk menyiasat kesan darah yang ditemui berhampiran rumah tersebut.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori