HONG KONG – Seorang remaja tempatan berusia 21 tahun terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital setelah nekad terjun ke dalam laut hanya untuk menyelamatkan telefon pintarnya iaitu iPhone.
Menurut sebuah laman berita tempatan, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi di jeti Kwun Tong. Difahamkan mangsa yang tidak didedah identitinya sedang berjalan-jalan di jeti berkenaan apabila secara tidak sengaja telefon pintarnya itu terjatuh ke dalam laut.
Tanpa berfikir panjang, mangsa terus terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan telefon jenama iPhonenya itu.Ă‚Â Beberapa saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis dan anggota bomba untuk menyelamatkan mangsa.
Meskipun remaja itu berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat, namun terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan kerana mangsa telah tertelan banyak air akibat hampir lemas dan dalam keadaan tidak bermaya.
Tambah laman itu lagi, tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan iPhone mangsa sama ada berfungsi atau tidak setelah terjatuh dalam laut walaupun berjaya ‘diselamatkan’ oleh tuannya. – MYNEWSHUB.CC