Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelakon Nadya Rupanya Dah...

PELAKON berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli telah pun selamat...

Kes Perbicaraan Neelofa, Suami...

SEREMBAN - Pengurusan kes selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris...

Saddam Hussein Masih Lagi...

BAGHDAD - Kerajaan Iraq mengarahkan aset milik lebih 4,200 bekas pegawai Presiden Saddam...

JCorp Berminat Ambil Alih...

SERDANG - Johor Corporation (JCorp), berminat untuk mengambil alih semua ladang satelit tinggalan...

Lelaki Percaya Diri Adiwira Terjun Depan Kereta Api

Seorang lelaki yang percaya dirinya mempunyai kuasa adiwira, telah terjun di hadapan kereta api yang sedang bergerak, mengakibatkan dia kehilangan nyawa.

Lelaki itu. Leon Coulthard, 31, percaya bahawa badannya telah diresapi oleh `sesuatu’ ketika dia berusia tiga tahun.

Dia juga mendakwa boleh melihat roh, demikian keterangan yang diberikan oleh pakar psikiatrik, Dr. Demi Mateola dalam inkues yang diadakan bagi menentukan punca kematian Leon, pada bulan April lalu di sebuah mahkamah di Kent.

Bukan itu sahaja, Leon juga menyatakan kepada Dr Demi bahawa ototnya akan berasa tegang setiap kali dia melihat roh dan keadaan itu berlaku setiap hari.

“Dia menyatakan dia boleh melihat masa depan dan telah bercakap dengan 50 roh,’’ kata Dr. Demi.


Inkues itu turut mendengar keterangan daripada coroner Roger Hatch di mana Leon telah menghisap ganja sejak berusia 13 tahun dan mendakwa dengan berbuat demikian ia membantu menenangkan ototnya ketika berdepan dengan roh-roh terbabit.

Pada Februari lalu, dia telah dimasukkan ke hospital kerana menikam dirinya sendiri.

Mahkamah kemudiannya memutuskan dia meninggal dunia kerana membunuh diri.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori