Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

2 Nelayan Bebas Selepas...

KUALA NERUS - "Syukur Alhamdulillah! Akhirnya kami selamat dan dapat berpuasa bersama keluarga...

Sisa Pepejal Ketika Ramadan...

KANGAR - Pembuangan sisa pepejal di Perlis meningkat 20 hingga 25 peratus atau...

MYCC Nilai Laporan Siasatan...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi pasukan khasnya sedang menilai laporan...

TPM Tinjau Eksesais Antikeganasan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Lelaki Pulang Ke Rumah Selepas Sehari Dikebumikan

BENGKULU – Penduduk kampung Desa Rindu Kedui di sini, gempar selepas seorang lelaki tiba-tiba kembali semula ke rumahnya selepas sehari dia meninggal dunia dan dikebumikan.

Lelaki yang dikenali sebagai Hamid, 65, itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bengkulu pada Khamis lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri beberapa hari lalu.

Pihak hospital kemudiannya menghubungi keluarga Hamid yang datang sebelum menguruskan dan mengebumikan jenazah lelaki itu pada hari yang sama.

Sehari selepas itu, beberapa penduduk kampung menemui Hamid masih hidup dan sihat di Bengkulu serta segera membawanya pulang ke kampung.

Keluarga Hamid dan penduduk kampung terkejut dan panik apabila melihat lelaki itu masih hidup selepas sehari dikebumikan.

Cucu Hamid, Riska Yulia Antika berkata, keluarganya sangat terkejut apabila melihat lelaki itu masih hidup dan segera membuat laporan polis.

Katanya, mereka juga bingung kerana lelaki yang dikebumikan sehari sebelum itu memiliki wajah dan ciri fizikal sama seperti Hamid.


“Datuk saya mengalami masalah mental dan jarang pulang ke rumah.

“Pada hari Khamis lalu pihak hospital memberitahu dia sudah meninggal dunia selepas ditemui terbaring di tepi jalan di Bengkulu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis, Raden Tri Wahyu Budiyanto berkata, pihaknya menyiasat kes berkenaan dan akan berusaha untuk mengenal pasti identiti sebenar jenazah yang dikebumikan keluarga Hamid. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori