MELEPASKAN hajat di tempat awam menjadi perkara biasa atau normal bagi warga China, meskipun perbuatan yang dilakukan itu dirasakan jijik dan memalukan oleh penduduk negara lain.
Laman berita terkenal Shanghaiist memaparkan seorang lelaki tempatan dengan selambanya membuang air besar di dalam sebuah komuter Shanghai Metro Line 2, pada Khamis lalu.
Gambar individu lelaki terbabit melepaskan hajat tersebar luas dalam laman sesawang negara itu dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen warganya sendiri.
Sungguh menjijikkan, bagaimanapun beberapa penumpang di hadapannya tetap tidak berganjak. Tindakan tidak bertamadun lelaki itu dirakam oleh beberapa penumpang yang turut berada di dalam komuter berkenaan.
Menerusi gambar yang tersebar, lelaki berkenaan sempat menggunakan surat khabar sebagai alas lantai komuter berkenaan sebelum melunaskan hajatnya.
Tambah laman itu lagi, komuter yang dinaiki individu berkenaan akan berhenti setiap 2-3 minit di stesen dan turut menyediakan tandas untuk kegunaan orang awam.
Namun, lelaki terbabit mungkin sudah tidak mampu menahan kesakitan itu lalu melondehkan seluarnya dan membuang air besar di situ tanpa sebarang rasa malu.
Sebelum ini, viral seorang wanita dengan selambanya membuang air kecil di atas kaunter sebuah kedai di Taiwan.
Tambah menjijikkan lagi, wanita terbabit menadah air kencingnya di dalam sebuah cawan kecil lalu meminumnya. – MYNEWSHUB.CC