KEBANYAKANÂ lelaki berwajah kacak akan menjaga tingkah laku dan sikap mereka yang baik. Bagaimanapun hal ini tidak berlaku kepada lelaki kacak ini.
Media tempatan melaporkan, Charles Wieand yang juga seorang YouTuber berjaya menjadi viral dalam kalangan netizen. Sebelum ini, dia pernah memuat naik video ekstrrm ketika sedang berenang bersama buaya besar.
Namun, kali ini Charles melakukan perkara yang sangat berbeza. Tanpa diduga dia mengenakan sehelai benang di tubuhnya, lelaki kacak ini melakukan aksi melampau sehinggakan lebah menyengat ditubuhnya sendiri.
Charles terus melakukan perkara tersebut di sarang lebah milik ayahnya di Eau Claire, Michigan, Amerika Syarikat.
Dalam video tersebut, Charles menutup bahagian kemaluannya sahaja dengan membawa sebuah sarang berbentuk segi empat tepat yang penuh dengan lebah.
Setelah 45 minit berlalu fia berjaya membuat dirinya bersatu dengan lebah tanpa serangan lebah di tubuhnya. Hebatkan?
Charles hairan mengapa lebah-lebah milik ayahnya itu tiada yang menyengatnya. Malah dia menjangkakan lebah itu pasti membuatkan tubuhnya membengkak teruk.
“Saya berfikir, saya akan mendapatkan beratus-ratus kejutan dari lebah-lebah itu. Tetapi ternyata tiada satupun yang menyengat saya,” katanya.
Dia yang melakukan aksi mencabar ini namun menyarankan kepada netizen tidak mencuba aksi bahaya yang dilakukannya itu, dengan binatang atau serangga mengerikan.
“Ini bukan tempat yang sesuai ketika anda tidak memakai pakaian,” selorohnya. – MYNEWSHUB.CC