PEJUANG Syiah, Khalid Ismath hari ini menerusi laman Facebook Idealis Mahasiswa menasihatkan mahasiswa agar jangan sesekali menjadi keldai politik untuk parti pembangkang.
Menerusi pesanannya itu, Khalid berkata, dia suka melihat generasi mahasiswa masa kini yang berjuang dengan idea dan gaya seiring dengan zaman sekarang.
“Saya juga kini merupakan orang politik. Saya tegah diri saya daripada mengkeldaikan mahasiswa. Saya lebih suka lihat adik-adik mahasiswa berjuang dengan idea dan gaya mereka di zaman mereka.
“Berhati-hatilah dengan pelbagai orang dan kumpulan yang cuba menarik kamu perlahan-lahan untuk menjadikan kamu orang yang sentiasa mengikut arahan.
“Beranilah dalam membuat segala keputusan dan berbeza pendapat dengan so called ‘orang lama’ dalam gerakan,” tulisnya.
Semalam, tindakan sekumpulan mahasiswa propembangkang menganjurkan perhimpunan haram #Tangkap MO1 berakhir dengan sia-sia selepas gagal mencapai sasaran kehadiran peserta sebanyak 10,000 orang.
Dalam demo tersebut, nama mahasiswa seperti Anis Syafiqah, Luqman Hakim, Aqilah Zainuzi dan Ashraf Nazrin menjadi bualan berikutan penglibatan mereka dalam agenda pembangkang yang melibatkan pelajar universiti seperti mereka dalam perhimpunan haram tersebut. – MYNEWSHUB.CC