Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anak Jati Penang Pilih...

BANGGA dengan pakaian tradisional, anak kelahiran Pulau Pinang, Poh Si Teng kelihatan memukau...

Sudah 7 Tahun Hilang,...

BARU-BARU ini tular di Twitter mengenai seorang gadis yang berkongsi kisah mengenai abangnya...

Selepas Minyak Hitam, Sofi...

SELEPAS ceburi bisnes penjualan minyak silinder atau minyak hitam jenama Aerorev, pelakon Soffi...

‘Bekwoh’ Di Kelantan Wajib...

KOTA BHARU - Sebarang penganjuran majlis membabitkan komuniti di negeri ini wajib mendapat...

Malaysia Destinasi Terbaik Aktiviti Menyelam Kos Murah

ROMPIN – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mempergiat usaha mempromosikan akviti selaman skuba di negara ini bagi menggalakkan kehadiran penyelam tempatan dan asing.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata keindahan dasar laut perairan negara dan kos aktiviti selaman yang murah mampu menjadikan Malaysia antara destinasi pilihan dalam kalangan penyelam.

“Kita mempunyai Pulau Tioman (Pahang), Pulau Kapas, Pulau Tenggol dan Pulau Redang (Terengganu) selain Pulau Sipadan di Sabah yang sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikan dasar lautnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Start In Tioman (SIT) 2016‘ siri ketujuh bermula dari 18 hingga 21 Ogos ini.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Idris Yahya dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Mohd. Faharuddin Hatmin.

Mas Ermieyati berkata aktiviti SIT 2016 anjuran Villagers Travel & Tour Sdn. Bhd. adalah contoh terbaik jalinan kerjasama antara pihak kementerian dan pemain industri untuk mempromosikan aktiviti itu.

Program berkenaan, yang diadakan sejak 2009, menggalakkan aktiviti selaman sehinggakan semakin ramai rakyat negara ini yang memiliki lesen selaman skuba.


Tahun ini, seramai 100 orang akan mengambil bahagian dan pihak penganjur memperkenalkan pengambilan lesen peringkat ‘advance’ dan ‘rescue’ untuk mengembang kemahiran menyelam ke tahap lebih tinggi.

Sempena program itu, Mas Ermiyati mengetuai penyelam lain meletakkan plak perasmian di tukun tiruan ‘Jom Baca Lima Minit Di Dasar Laut’ sebagai kesinambungan kempen ‘Mari Membaca 10’ minit yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Selain itu, Tourism Malaysia Pahang turut mengambil inisiatif mengadakan program ‘Discovery Tioman Walking Trails 2016’ bagi mempromosi dan memperkenalkan laluan pejalan kaki baharu untuk pelancong yang menggemari aktiviti menyusuri laluan denai sambil menikmati keindahan pulau itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori