Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tunjong Bakal Pusat Bandar...

KOTA BAHARU - Bandar baharu Tunjong di sini bakal menjadi pusat bandar terbesar...

Warga Emas Kena Bunuh,...

ENTAH apa agaknya yang merasuk lelaki ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang begitu...

Lelaki Leka ‘Pancing’ Duit...

KLANG - Tindakan pantas seorang pekerja pembersihan berjaya menangkap seorang pencuri yang leka...

Operasi 4 Hotel TH...

SHAH ALAM - Operasi empat rangkaian hotel Tabung Haji (TH) yang telah dipindahmilik...

Malaysia Kaji Keperluan Guna Vaksin Dengvaxia

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan berkenaan penggunaan vaksin denggi pertama di dunia – Dengvaxia dalam merawat pesakit di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr, Hilmi Yahaya berkata ia berikutan terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi di negara ini, sedangkan vaksin itu tidak meliputi semua jenis rawatan demam denggi.

“Ada denggi Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4, mungkin vaksin ini berkesan untuk denggi satu dan dua tetapi tidak (berkesan) pada denggi tiga dan empat.

Vaksin ini mungkin juga hanya berkesan pada kanak-kanak umur sembilan tahun ke atas, tetapi bagaimana yang bawah umur dari itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd International Conference Table Top Exercise and Communication in Disaster Medicine (TOPCOM) 2016 di sini, hari ini.

Menurut Hilmi, perkara itu juga masih dalam peringkat kajian oleh pakar-pakar di kementerian itu.

“Namun pengeluar syarikat vaksin mahu Dengvaxia didaftarkan dan ia dalam proses pendaftaran, namun kita masih diperingkat kajian dan sekiranya vaksin itu didaftarkan, kita belum tentu guna,” katanya lagi.


Dengvaxia dibangunkan oleh Pasteur, cawangan vaksin Sanofi, sebuah syarikat farmaseutikal Perancis.

Ia telah menjalankan kajian ke atas penyakit tropika itu selama lebih 20 tahun dengan kos 1.5 billion euro (kira-kira RM7 billion) termasuk kos pembuatan vaksin.

Setakat ini, vaksin itu dilesenkan di Mexico, Filipina, Brazil, El Salvador dan Costa Rica. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori