Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Budak Kena Culik Di...

SHAH ALAM -- Polis menyelesaikan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun di...

Kerajaan Perlu Dedah Akaun,...

KUALA LUMPUR - Veteran Malaysia Airlines (MAS) mempersoalkan apakah aset yang dimiliki oleh...

Penjenamaan Semula TVET Perlu...

PUTRAJAYA - Penjenamaan semula Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu memberi tumpuan...

Diesel Subsidi Kekal, SKDS...

PUTRAJAYA : Kerajaan akan meneruskan agihan diesel bersubsidi dan pada masa sama, memperluaskan...

M’sia-Ukraine Setuju Tubuh Suruhanjaya Perdagangan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Ukraine bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan suruhanjaya perdagangan bersama bagi meningkatkan perniagaan dua hala dan potensi perdagangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam sidang media bersama dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, selepas mesyuarat dua hala mereka di sini, hari ini, berkata, mereka membincangkan tentang kemungkinan syarikat Malaysia menyertai projek jangka panjang seperti penjagaan kesihatan dan pelancongan di Ukraine.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju terdapat kemungkinan bagi syarikat

Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pengurusan lapangan terbang, pembinaan jalan raya dan pengurusan tol, penjanaan kuasa dan perumahan awam, katanya.

“Hasil daripada ini, semangat bagi syarikat Malaysia untuk menyertainya, kami bersetuju untuk mengambil bahagian dalam suruhanjaya perdagangan bersama secepat mungkin bagi membolehkan syarikat kita menyertai dalam projek penswastaan di Ukraine,” katanya.

Bagi meningkatkan kedatangan pelancong, Najib berkata, Malaysia dan Ukraine bersetuju untuk memulakan perbincangan tentang visa ketibaan bagi memudahkan lebih ramai pelawat dari Malaysia ke Ukraine dan sebaliknya.

Najib, dalam mengalu-alukan lawatan rasmi pertama Poroshenko ke Malaysia berkata langkah itu akan meningkatkan hubungan rakyat-dengan-rakyat, terutamanya komuniti perniagaan.


Sementara itu, Poroshenko berkata, Ukraine menganggap Malaysia sebagai satu daripada rakan pentingnya di Asia Pasifik.

Beliau berkata kedua-dua negara saling berminat untuk mengembangkan keseluruhan spektrum hubungan dua hala bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi.

Poroshenko berkata banyak yang boleh Ukraine tawarkan kepada Malaysia dan antara isu yang dibincangkan hari ini ialah bekalan pesawat dan penyediaan produk makanan.

Mengenai perjanjian bagi Mengelakkan Cukai Berganda dan Pencegahan Pengelakan Fiskal berkaitan dengan cukai ke atas pendapatan yang dimeterai Malaysia dan Ukraine hari ini, Poroshenko berkata, ia akan menyediakan peluang perniagaan dan menggalakkan pelabur kedua-dua negara untuk menghidupkan kembali kuantum perniagaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori