Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rafiq Cipta Sejarah Tuai...

PALEMBANG - Pemain boling negara, Muhammad Rafiq Ismail mencipta sejarah sebagai pemain lelaki...

Meru, Klang Jadi Sesak...

SEBUAH papan tanda jalan raya di Batu 4 Jalan Meru, berhampiran Setia Alam,...

UMNO Kumpul Maklum Balas...

MELAKA - UMNO sedang mengumpulkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan dan...

Hati-Hati Dengan Penghantar E-Mel

PETALING JAYA - Aktiviti penipuan telah menyebabkan pelakunya 'terlepas' bersama jutaan ringgit dengan...

Pembangkang Manipulasi Isu Ibarat Uji Kaji Kimia Berisiko

PADANG RENGAS – Kecenderungan pembangkang memanipulasi pelbagai isu kebelakangan ini ibarat uji kaji kimia yang boleh meledak pada bila-bila masa, seterusnya mengundang pelbagai risiko, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu yang bertujuan meraih populariti semata-mata perlu ditangani segera bagi mengelak adanya pihak mengambil kesempatan.

“Tindakan mereka (pembangkang) ini bukan hanya boleh menghancurkan UMNO, menghancurkan perpaduan kaum Melayu tetapi boleh menghancurkan negara kita.

“Apatah lagi Malaysia dicemburui oleh negara luar yang mana kuasa asing pastinya akan menjadikan ini sebagai justifikasi untuk campur tangan seterusnya menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas 2016 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya, setakat Januari lalu, terdapat 4.2 juta individu yang layak belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu, 2.4 juta adalah kaum Melayu.

“Kita perlu memberi fokus dengan meningkatkan gerak kerja untuk menambah bilangan pengundi yang berdaftar kerana semboyan Pilihan Raya Umum ke-14 akan dibunyikan tidak lama lagi,” katanya.


Pada persidangan itu, UMNO Bahagian Padang Rengas mengusulkan supaya serangan bertali arus terhadap Najib yang juga Presiden UMNO dibendung segera bagi mengelak krisis keyakinan kepimpinan terhadap institusi presiden.

Sementara itu, Wanita UMNO Padang Rengas mengusulkan agar kerajaan terus memperkasa Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan termasuk dengan menyediakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) agar terus menjadi pilihan masyarakat.

Pemuda UMNO Padang Rengas pula mencadangkan supaya Pusat Servis Kenderaan 1Malaysia diwujudkan dan dikendalikan usahawan-usahawan Melayu serta Bumiputera untuk memajukan golongan tersebut.

Dalam pada itu, Puteri UMNO Padang Rengas mengusulkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mewujudkan jentera gerak saraf untuk menentang pengaruh militan Daesh dengan menggunakan hujah al-Quran dan hadis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori