PENGKRITIK dan Pengarah filem terkenal, Mansor Puteh menghentam pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni Awang gara-gara komen berbaur sinis atlet itu kepada Menteri Besar Terengganu,ĆĀ Ahmad Razif Abdul Rahman.
Kritikan secara terbuka itu disuarakan oleh Mansor melalui laman Facebooknya.
Menurut posting yang dimuat naik itu, beliau melabelkan pelumba basikal negara tersebut sebagai seorang yang angkuh dan ‘loser’ĆĀ kerana terlalu banyak membuat bising sedangkan hanya menang pingat gangsa sahaja.
Tambah Mansor lagi, cuma tempat pertama atau juara sahaja yang sepatutnya digelar sebagai pemenang perlawanan manakala Azizulhasni di ĆĀ tempat ketiga tidak layak dianggap demikian.
Ć¢ā¬ÅBaru pingat gangsa dah angkuhĆ¢ā¬Ā¦.kalau emas entah macam mana lagak…Ć¢ā¬Ā tulisnya di salah satu posting berkenaan sebelum disusuli beberapa lagi komen sindiran beliau terhadap Azizulhasni.
Kritikan ‘pedas’ yang diutarakan oleh Mansor itu telah mencetuskan amarah sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat dinyatakan beliau.
Seorang pelayar laman sosial dikenali sebagai Amin Fama berkata: “Kalau kau yang kayuh lagi teruk… jangan suka komen orang,” tulisnya sebagai tanda protes terhadap kata-kata Mansor.
Baca:ĆĀ Azizulhasni Keluh Di FB Isu Ć¢ā¬ĖLayananĆ¢ā¬ā¢ MB Terengganu
Juga:ĆĀ MB Razif Arah MSNT Siasat Dakwaan Azizulhasni
Lagi:ĆĀ MSNT Tak Terima Surat Permohonan Azizulhasni
Pada Rabu lalu, media sosial heboh dengan luahan sinis terima kasih daripada ‘The Pocket Rocket Man’ ini setelah dia berjaya memenangi salah satu acara berkaitan basikal di Brazil.
Azizul kesal terhadap ‘layanan’ Menteri Besar Terengganu yang tidak memberi perhatian kepada permohonannya untuk mendapatkan tajaan sebuah basikal.
Ahmad Razif dalam respon segera memberitahu beliau tidak mengetahui mengenai sebarang permohonan penajaan daripada Azizul.
Luahan itu mendapat liputan meluas media massa dan mengejutkan ramai pihak. – MYNEWSHUB.CC