AKHBAR di Amerika Syarikat (AS), New York Post baru-baru ini mendedahkan gambar bogel isteri calon presiden negara itu, Donald Trump iaitu Melania Trump dalam keadaan tanpa seurat benang.
Gambar-gambar eksklusif tersebut yang disiarkan di muka depan surat khabar itu dipercayai diambil ketika wanita berkenaan pernah menjadi model bogel kira-kira 20 tahun lalu.
Menjawab pertanyaan media mengenai gambar bogel isterinya itu, Trump dengan bersahaja hanya berkata: “Kedua-dua gambar ini pernah disiarkan dalam sebuah majalah di AS.
“Ketika itu, saya pun belum mengenali dia lagi. Di Eropah dan AS, gambar seperti ini dianggap moden dan bukan sesuatu yang luar biasa.”
Gambar itu muncul di saat-saat Trump; 70, sedang bersaing sengit dengan Hillary Clinton bagi merebut tempat yang bakal ditinggalkan presiden sekarang, Barack Obama.
Menurut Penasihat Komunikasi Trump, Jason Miller, dia menyifatkan gambar itu cukup berseni dan memuji Melania adalah seorang wanita yang cantik.
“Gambar itu diambil 20 tahun lalu. Ia tidak perlu dihebohkan kerana ia hanya menonjolkan tubuh manusia dari segi nilai seni,” ujarnya.
Gambar bogel Melania; 46, disiarkan pada muka hadapan majalah Max edisi Januari 1996 ketika wanita itu berusia 25 tahun. – MYNEWSHUB.CC