Kejutan dan pertama kali dalam sejarah, media massa Amerika Syarikat (AS) diserang secara sistematis oleh hackers asing.
Selain serangan ke atas sistem penyaluran berita, komunikasi emel milik media cetak berpengaruh itu, turut dipintas.
Serangan terbaharu ini dikaitkan dengan permintaan calon presiden parti Republikan Trump yang sebelum ini mendedahkan kebocoran email penjawat DNC (Jawatankuasa Demokratik Nasional) yang sempat disiarkan Wikileaks.
Kebocoran email DNC yang didedahkan Wikileaks membabitkan emel peribadi calon presiden Parti Demokrat, Hillary Clinton.
Antara yang dilaporkan terjejas dengan serangan ini ialah akhbar New York Times
CNN dalam laporannya memetik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menuding jari kepada hackres Russia. Satu lagi tuduhan setelah AS mengaitkan hackers Korea Utara dan China terbabit dalam siri pencerobohan maklumat beberapa agensi miliki kerajaan sebelum ini.
Serangan ke atas media massa AS menjadi siri serangan terbaru terhadap agensi strategik berpusat di negara yang dianggap kebal teknologi itu. -MYNEWSHUB.CC