Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amerika Syarikat Dakwa Bunuh...

WASHINGTON - Pentagon mendakwa pasukan tentera Amerika Syarikat berjaya membunuh seorang pemimpin kumpulan...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Polis Tahan 3 Penuntut...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga penuntut di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki...

SPR Nafi Sistem Dimanipulasi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan ada manipulasi terhadap...

Melaka Beri Insentif RM50,000 Kepada Liu Ying-Peng Soon

MELAKA – Kerajaan Melaka akan memberi insentif sebanyak RM50,000 kepada beregu campuran badminton negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Rabu.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pemberian insentif itu adalah sebagai penghargaan atas kejayaan anak jati kelahiran Melaka, Goh Liu Ying dan gandingannya Chan Peng Soon yang berasal dari Pulau Pinang.

Beliau berkata setiap daripada mereka akan mendapat RM25,000 dan kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan ganjaran lain kepada pasangan itu.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasangan Liu Ying dan Peng Soon kerana memenangi pingat perak walaupun kita menaruh harapan yang besar untuk meraih emas pertama Sukan Olimpik.

“Dalam perlawanan akhir ini nasib tidak menyebelahi kita, selain tekanan yang dihadapi kedua-dua pemain negara,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir beregu campuran itu.


Pasangan negara tewas kepada gandingan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 14-21, 12-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mencadangkan penganugerahan pingat Bintang Cemerlang Melaka kepada Liu Ying yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dan Melaka di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori