Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jualan Terus Daripada Ladang...

SUNGAI PETANI - Program jualan terus dari ladang kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan...

8 PPR Di Sandakan...

SANDAKAN - Kerajaan telah membina lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini...

Ayam Jantan Dihukum Penjara...

TEGUCIGALPA - Ketika etnik Tionghua di seluruh dunia merayakan tahun ayam jantan bersempena...

Arca Watak Lat Suntik...

KUALA LUMPUR - Ibu kota Malaysia perlu mengekalkan status sebagai bandar raya destinasi...

Melodi Lagu Negaraku Pelbagai Versi Dari Luar Negara?

APABILA bulan kemerdekaan kembali, pelbagai isu akan digembar gemburkan termasuk lagu kebangsaan iaitu Negaraku yang dikatakan konon serupa dengan beberapa lagu dari luar negara.

Isu ini pernah ditimbulkan beberapa puluh tahun lalu, namun sekali lagi dengan kemajuan teknologi, isu ini dikupas kembali selepas pemilik akaun Facebook, Otai Buskers memuat naik lagu berbahasa Kantonis yang melodinya seakan-akan lagu Negaraku.

Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun memuat naik sebuah lagu yang didakwa dirakamkan pada tahun 1945 dan mahukan pendapat daripada rakan-rakan netizennya mengenai lagu itu.

Perkongsian tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai respons.

Antaranya “Ini tidak adil. berani diorang ciplak melodi Negaraku 12 tahun in advance. Bomoh mana diorang pakai nie. Mana peguam kita… samannnn diorang,” kata pemilik akaun Jeganathan Pithavadian Dpm.

Tidak kurang juga netizen mempertahankan Negaraku antaranya Ijan Ahmad Zamri dengan berkata: “Orang dulu takde copyright control. Bermakna lagu Negaraku memang sedap melodinya sehingga banyak versi diorang buat. Berbanggalah dengan lagu tersebut. Yang penting lirik lagu tu takde orang lain nak tiru.”

elodi Lagu Negaraku Pelbagai Versi Dari Luar Negara

Namun, ada antaranya yang mempersoalkan keaslian lagu Negaraku kerana muziknya juga seakan-akan lagu Terang Boelan, nyanyian seorang penyanyi dari Indonesia yang berasal daripada lagu Perancis bertajuk La Rosalie.


Ada juga pendapat menyatakan, lagu asal Negaraku diambil daripada lagu dari Hawaii yang bertajuk ‘Mamula Moo’.

Ternyata, melodi daripada kedua-dua lagu ini memang seakan-akan sama, namun liriknya berbeza dan ada terdapat perbezaan yang dapat didengari jika benar-benar diteliti.

Seperti yang diketahui, lagu Negaraku sebenarnya dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak waktu itu sebelum telah diubah oleh Saiful Bahri dan ditukar kepada rentak yang ada sekarang ini.

Netizen seharusnya peka dengan perkara ini dan berbangga dengan lagu Negaraku yang sudah tersemat di sanubari sejak di alam persekolahan lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori