Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Mahu Pertahan...

KUALA LUMPUR - "Saya sedar saya bukan yang terbaik untuk memimpin Persatuan Bola...

AirAsia Beli 100 Unit...

SEPANG - AirAsia menandatangani tempahan dengan Airbus bagi pembelian 100 pesawat A321neo, menjadikannya...

Tetikus Dengan Skrin OLED...

DENGAN harga pasaran skrin yang semakin murah, ia membuatkan kewujudan pada objek harian...

Ronaldo Siap Lampiaskan Kecewa...

PARIS - Ronaldo melahirkan kekecewaan 12 tahun yang lalu sangat menyakitkan pasukan Portugal...

Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol, 2 Lelaki Didenda

KUALA LUMPUR – Akibat memandu kereta dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol, dua lelaki hari ini masing-masing didenda RM3,200 dan RM2,800 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman denda RM3,200 terhadap Low Jinn Yeh @ Wu Jinn Yeh, 33, selepas dia mengaku bersalah memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Low didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Klang Lama, di sini, pada 4.30 pagi tadi dan ujian penafasan yang dijalankan terhadapnya mendapati, kandungan alkohol dalam 100 ml darah adalah sebanyak 220 miligram alkohol iaitu melebihi 80 miligram yang dihadkan.

Seorang pekerja bank R. Rueben, 25, didenda RM2,800 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

Rueben, didakwa melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 3 pagi, 21 Ogos lepas dan ujian penafasan yang dijalankan terhadapnya mendapati kandungan alkohol dalam 100 ml darah adalah 162 miligram alkohol iaitu melebihi 80 miligram yang dihadkan.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda maksimum RM6,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori