Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Megat Farril Dapat Ilham...

SERANGAN terhadap sistem pertahanan komputer bukan sahaja boleh melumpuhkan sistem operasi komputer malah boleh mengakibatkan...

Jerebu: Nelayan Muar Dalam...

MUAR - Sejak jerebu teruk melanda negara termasuk daerah ini, lebih 1,000 nelayan...

Suami Isteri Penjual Kosmetik...

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik secara...

Video: Kisah Murid Kudung...

RUNTUN hati kami tatkala mendengar luahan seorang kanak-kanak perempuan yang kudung tangan kanan...

Mengapa Lebuh Raya PLUS Dikena Tol, Pan Borneo Tak?

PADA tahun 1986, Mahathir Mohamad telah membuat keputusan memilih untuk anugerah projek Lebuh Raya Utara Selatan kepada UEM yang kemudian menjadi milik persendirian walaupun pada hakikatnya tawaran UEM:

– Adalah yang paling mahal.
– Tidak mempunyai pengalaman pembinaan lebuh raya.
– Memerlukan sokongan kewangan dari kerajaan dengan jumlah yang besar.
– Cadangan kadar tol tertinggi.
– Diberi kadar tertinggi kenaikan tol dan tempoh kutipan tol yang paling lama.
– Anggaran kutipan tol tertinggi daripada rakyat daripada dua pembida lain.

Konsesi diberikan kepada UEM adalah untuk tempoh 30 tahun serta ia juga membenarkan UEM untuk mengendalikan dan caj tol daripada pengguna lebuh raya pada bahagian yang sudah dibina oleh kerajaan.

Daripada 870 kilometer (km) lebuh raya, UEM melabur untuk membina 500km sahaja selebihnya 370km lagi telah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi dengan menggunakan dana awam yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan tetapi diberi hak untuk memungut tol untuk sepanjang 870km itu setelah diswastakan kepada UEM.

Selain kerajaan memberi UEM pinjaman sokongan RM1.65 bilion daripada RM3.5 bilion anggaran kos pembinaan, kerajaan juga dilindungi UEM daripada kadar faedah yang meningkat, kenaikan inflasi, kadar mata wang turun naik dan memberikan mereka jaminan trafik minimum.

Ia adalah satu perjanjian yang sangat selesa dan nyaman untuk sebuah syarikat swasta, tetapi sebab atau kriteria kenapa Mahathir memilih UEM tidak pernah didedahkan kepada rakyat pun.

Selepas berdekad Lebuhraya Utara Selatan menjadi milik persendirian (UEM), termasuk dengan lain-lain lebuh raya PLUS, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2011 telah mengambil alih sepenuhnya menjadi milik Kerajaan Malaysia dengan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% oleh KWSP. Kenaikan tol juga dirundingkan semula untuk menjadi ianya lebih munasabah dan berpatutan.

(Nota: walaupun Kerajaan membeli UEM pada tahun 1999. PLUS BHD telah disenaraikan secara berasingan pada tahun 2002 untuk membantu Renong / UEM mengurangkan hutang semasa kejatuhan syarikat tersebut.)


Sesuatu persoalan yang sangat baik untuk difikirkan, bagaimana projek 800km Lebuhraya PLUS yang menjajar dari atas ke bawah bumi semenanjung ini telah dikenakan tol berdekad lamanya sedangkan 2,200km lebuhraya Pen-Borneo, selepas siap nanti adalah bebas dari apa2 bayaran tol?

Agak-agak lah jika Najib adalah orang yang membina lebuh raya PLUS yang 800km itu dan bukannya Mahathir, mungkin kita akan menikmati lebuh raya yang percuma tol tanpa dibebani oleh bayaran kepada syarikat kroni pemegang konsesi.

Wajarlah kadar tol PLUS dikurangkan atau tidak dinaikkan lagi kerana PLUS Bhd telah mendapat keuntungan melebihi pelaburan mereka tahun pada tahun 1986, lagi pun lebuh raya itu sudah tidak menjadi selesa terutamanya ketika musim perayaan atau cuti umum. Rakyat menderita terperangkap dalam kesesakkan yang tiada penyelesaian terbaik oleh PLUS.

p/s: Tetapi Tokong LGE lagi hebat dan tiada bandingannya kerana menandatangani perjanjian untuk membayar syarikat swasta sepenuhnya bagi kos pembinaan terowong menggunakan wang kerajaan tetapi dalam masa yang sama syarikat swasta tersebut masih diberi kebenaran untuk mengutip tol dari rakyat selama 30 tahun. AWESOME KAN??? – MYNEWSHUB.CC

(Sumber artikel daripada akaun Facebook Malaysian Patriots, yang dipetik dari blog LSSReport tulisan Lim Sian See.)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori