Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pergaduhan Dalaman PAS Punca...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad dipukul oleh individu...

Kementerian Pendidikan Tinggi Tetap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Polis Kedah Rampas 165.5...

SUNGAI PETANI - Polis Kedah berjaya menahan dua lelaki serta merampas 160 ketulan...

Kadar Pengangguran Turun Kepada...

PUTRAJAYA - Kadar pengangguran pada Januari 2020 turun kepada 3.2 peratus, berbanding 3.3...

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

JAKARTA – Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar, yang baharu dilantik sudah digugurkan daripada Kabinet pada 15 Ogos, setelah timbul laporan berhubung beliau memegang dua kerakyatan.

Syarat-syarat yang sedia ada tidak membenarkan warganegara Indonesia memegang dua kerakyatan dan menurut laporan media di negara itu hujung minggu lalu, Archandra memegang dua pasport secara serentak, satu dari Indonesia dan satu lagi dari Amerika Syarikat (AS).

“Sebagai jawab soalan orang ramai berhubung kerakyatan Archandra dan setelah menimbangkan maklumat diterima daripada pelbagai sumber, Presiden memutuskan dengan secara terhormat melepaskan jawatan Archadra sebagai menteri,” kata Prof. Dr. Pratikno.

Menteri Sekretariat Negara tersebut memberitahu para wartawan yang menghadiri sidang media di pejabat Presiden Indonesia, Joko Widodo di sini semalam sebagai mengulas isu kontroversi dwikerakyatan Archandra yang menyalahi perlembagaan republik berkenaan.

Pratikno menambah bahawa Menteri Penyelaras Ehwal Maritim, Luhut Binsar Pandjaitan akan memangku jawatan tersebut dan tanggungjawab portfolio itu buat sementara waktu sehingga menteri yang baharu dilantik kemudian secara rasmi oleh Presiden Jokowi.

Agensi berita negara tersebut, Antara, sebelum ini melaporkan bahawa Archandra yang berusia 45 tahun itu pernah berkata beliau sudah pun melepaskan hak kerakyatan AS dan beliau sekarang hanya memegang pasport Indonesia, yang sah digunakan sehingga 2017.

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

Archandra, seorang penganut Muslim yang berasal dari Padang, wilayah Sumatera Barat dan memperoleh ijazah doktor falsasah dari Texas A&M University Ocean Engineering; dilaporkan pernah menjadi warganegara AS melalui proses naturalisasi pada bulan Mac 2012 lalu.


Beliau merupakan salah seorang daripada beberapa individu sebagai menteri baharu yang dilantik oleh Presiden Indonesia dalam rombakan Kabinet dilaksanakan pada 27 Julai lalu, iaitu kali kedua sejak Joko Widodo menyandang jawatan kurang tempoh dua tahun.

Di AS, Archandra pernah aktif berdakwah dan menjadi guru al-Quran di Islamic Family Academy (IFA) Houston; sebuah organisasi tanpa keuntungan khusus untuk komuniti Muslim tempatan sejak tahun 2006, malah beliau sendiri menjadi salah seorang pengasasnya.

IFA aktif menjayakan aktiviti bimbingan keislaman, khasnya kepada anak-anak Islam dan secara rutin setiap hari Sabtu, Archandra bersama isterinya ‘turun’ langsung mengajarkan kanak-kanak secara sukarela membaca al-Quran dan memberi tazkirah tentang Islam.

Menurut Pratikno, keputusan tersebut akan berkuat pada 16 Ogos. Sebelumnya, Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly ketika ditanya wartawan turut mengakui bahawa Archandra memiliki dua pasport antarabangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori