Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Puisi Kemarahan Mutlak Mufti...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

‘Tak Sabar’ Nak Tengok...

SEORANG wanita melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan dalam pesawat ketika penerbangan ke...

Jangan Tertipu Pakej Murah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengingatkan umat Islam...

Orang Dah Balik Rumah,...

SAAT sesetengah negeri terutama Pantai Timur sedang teruk dilanda bencana banjir, tersebar gambar...

Menteri Diminta Campur Tangan Isu FFM

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Keruak diminta campur tangan bagi menyelesaikan masalah timbul dalam penganjuran Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang bakal diadakan pada 3 September.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Datuk Jurey Latiff Rosli percaya bahawa campur tangan itu amat diperlukan bagi memastikan segala persoalan dan pergaduhan yang timbul sesama masyarakat seni dapat diselesaikan.

“Perkara ini menjadi lebih teruk kerana tiada sebarang garis panduan yang jelas tentang keputusan yang membawa kategori baharu untuk karya berbahasa Malaysia dan bukan berbahasa Malaysia dalam FFM28,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) membuat pengumuman terdapat beberapa perbezaan dalam FFM28 kali ini apabila kategori pengasingan karya mengikut bahasa diperkenalkan.

Pergolakan festival itu semakin memuncak apabila seorang pengarah filem bertindak memulangkan semula trofi yang pernah dimenanginya sebelum ini dalam plastik sampah kepada Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman pada malam Isnin lalu.


Menurut Jury, isu yang semakin kritikal ini menjadikan tanggungjawab kepada menteri tersebut untuk mengeluarkan garis panduan dalam FFM agar semua pihak berkaitan jelas dengan syarat yang diperkenalkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori