Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Korban Taufan Melor Di...

MANILA - Angka korban akibat Taufan Melor di Filipina meningkat kepada 35, ketika...

Elak Aktiviti Boleh Jejas...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai, terutama kontraktor supaya...

Tok Mo Beri Bayangan...

DI atas kertas, pasukan Kedah dan Pahang yang bakal membuat perhitungan pada final...

Penduduk Diancam Penyerang Guli...

KUANTAN - Penduduk tempatan di sini semakin bimbang akan keselamatan diri mereka selepas...

Misteri… Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air

SEBUT sahaja gerangan empunya nama Freddy Budiman, pastinya warga Indonesia mengenalinya.

Berita hukuman mati ‘Raja Dadah’ yang telah pun dilaksanakan pada 29 Julai lalu turut mendapat perhatian ramai.

Misteri... Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air

Jenazah allahyarham juga telah pun dibawa ke Surabaya, wilayah Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Apa yang mengejutkan ramai, liang lahad yang sepatutnya menjadi tempat istirahat terakhir Freddy dilaporkan terus mengelurkan air.

Lubang kubur yang berukuran kira-kira sepanjang 2.5 meter, lebar 1.5 meter, dan setinggi 2 meter itu dikatakan mengeluarkan air setinggi 20 hingga 30 sentimeter.

Dek kerana itu juga, petugas yang menguruskan pengebumian itu terpaksa sibuk mengeluarkan air yang berada dalam liang lahad tersebut.


Menurut portal merdeka.com, seorang petugas tanah pekuburan yang dikenali sebagai Sudimun memjelaskan, keadaan tanah perkuburan itu lembab ekoran beberapa hari hujan lebat di kawasan itu.

“Ye kalau hujan tanah di sini (makam) jadi lembab dan waktu digali mesti keluar air. Makanya, kita tadi mengurusnya saat jenazah dimasukkan dalam makam,” terang Sadimun.

Difahamkan, sepanjang berada di dalam penjara, Freddy banyak mempelajari ajaran Islam sehingga mengambil keputusan memeluk Islam. Dia juga dikatakan sangat rajin mengaji. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori