Selena Seraphine adalah seorang model. Pada usia 18 tahun, tidak dapat disangkal lagi dia cantik dan seksi namun model yang berasal dari Australia ini mengalami asexual, iaitu keadaan di mana dia tidak mempunyai keinginan pada seks.
Dalam erti kata lain, Selena dan golongan asexual sepertinya kemungkinan dan tidak pernah langsung melalui pengalaman seks.
“Saya sedar saya adalah asexual pada usia 13 tahun dan tidak berminat terhadap seks. Asexual mungkin memilih untuk mempunyai hubungan seksual untuk tujuan tertentu sahaja termasuk bagi mendapatkan anak,Ă¢â‚¬â„¢Ă¢â‚¬â„¢ katanya.
Selena berkata keluarganya menerima keadaan tersebut dan dia sendiri tidak pernah merahsiakannya.
“Ada orang yang menganggap saya seorang yang suka memilih dan mereka cuba memenangi hati saya hingga saya terpaksa memberitahu mereka bahawa saya tidak dapat merasakan langsung sebarang tarikan seks.
“Namun ramai yang tidak percaya,Ă¢â‚¬â„¢ katanya.
Selena yang tidak kisah dengan keadaannya itu berkata asexual adalah satu identiti justeru ia tidak perlu diubati, katanya yang turut berkongsi keadaan itu dengan golongan asexual yang lain melalui media sosial.