Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tabika Kemas Dipercayai Dalam...

PUTRAJAYA - Program Transformasi Tabika Kemas mula membuahkan hasil apabila institusi itu dipilih...

Lelaki Warga Thailand Ditahan...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menghantar...

PAS Tak Tergugat Biar...

KUALA NERUS – PAS akan terus beristiqamah menegakkan syiar Islam di negara ini...

Video CCTV Ini Bukti...

KISAH hantu penghisap darah manusia iaitu vampire yang ditonjolkan menerusi filem seram terkenal 'Twilight' mungkin...

Motosikal Kuasa Tinggi Terbakar, Penunggang Rentung

SEREMBAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara, tengah malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah malam berhampiran Hentian Rehat Senawang, Ahmad Tarmiji Hussin, 54, yang menunggang KTM 950 Adventure dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur, dipercayai melanggar belakang sebuah kereta sebelum terbabas dan terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, berkata sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Anggota bomba mengambil masa tiga minit untuk memadamkan kebakaran. Motosikal musnah sepenuhnya dan kita menemui mayat seorang lelaki rentung berhampiran motosikal itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan kes diserah kepada polis, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori