Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wang Bantuan Awal Sekolah...

KAJANG : Guru besar sebuah sekolah di Beranang, di sini yang disamun selepas...

HSR: Tidak Kompromi Keselamatan...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan sempadan berhubung...

RUU Majlis Media Akan...

Kerajaan komited untuk membentangkan rang undang-undang untuk memastikan pembentukan Majlis Media Malaysia menjelang...

FAM Cadang Pemain Yang...

MARAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih...

Murid Tahun 5 Lemas Di Sungai Jeram, K.Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Manir, mati lemas selepas pertama kali mandi-manda di Sungai Jeram, Manir dekat sini bersama rakan-rakannya, semalam.

Nurhafizul Izzat Hazahari, 11, tidak pernah mandi di sungai itu dan dipercayai keluar rumah kira-kira 3 petang selepas beberapa rakannya menjemputnya, kata nenek mangsa Khatijah Omar.

“Sebelum ini, arwah tidak pernah bermain jauh dari kawasan rumah dan tidak pernah mandi di sungai itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Khatijah berkata dia hanya mengetahui insiden yang menimpa cucunya kira-kira pukul 5 petang selepas menerima panggilan ketika berada di Kampung Batu Rakit.

Mayat Nurhafizul Izzat, dijumpai pasukan penyelamat kira-kira pukul 6 petang berhampiran lokasi kejadian. Tiga rakannya selamat.


Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri Abdullah Mohammad berkata mayat mangsa dikesan di dasar sungai oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori