Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Warga Filipina Dilatih Ala...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Filipina yang dipercayai pernah terlibat dalam beberapa...

Mat Sabu Berdepan Notis...

TENTU ramai masih lagi ingat drama aksi selamba Presiden Parti Amanah Nasional (PAN),...

Penganggur Sorok Uncang Dadah...

DUNGUN - Seorang individu didapati menyorok sejumlah dadah yang bernilai RM7,050 di dalam...

Zahid Kecam Pihak Pertikai...

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak...

Najib Tandatangani Buku Takziah Bekas Presiden Singapura

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menandatangani buku takziah di Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini sebagai penghormatan kepada bekas Presiden Singapura S R Nathan yang meninggal dunia pada Isnin.

Ketibaan Najib di suruhanjaya itu pada kira-kira 8.30 pagi disambut Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon dan beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit sebelum beredar daripada Suruhanjaya Tinggi itu.

Bercakap kepada pemberita, Najib yang mewakili pihak kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas presiden.

“Mendiang bekas presiden semasa beliau berkhidmat sebagai pesuruhjaya tinggi dan kemudiannya sebagai presiden Singapura telah banyak memainkan peranan dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Singapura.

“Untuk itu, kerajaan amat menghargai semua sumbangannya itu,” kata Najib.

Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 9.48 malam, Isnin lepas.


Pada 31 Julai, Pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan Nathan diserang angin ahmar dan keadaannya kritikal di unit penjagaan rapi di hospital itu.

Nathan yang dilantik sebagai pesuruhjaya tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988 merupakan presiden Singapura yang paling lama berkhidmat dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi berundur sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan diganti oleh presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori