Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keputusan DNAA Zahid Kekal,...

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan...

Bekalan Ternakan Bagi Ibadah...

SERDANG - Bekalan ternakan lembu, kerbau, kambing dan biri-biri untuk ibadah korban sempena...

Mekanik Rempuh Peserta Larian...

KLANG - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu...

Kempen Merdeka Giant Tawar...

KUALA LUMPUR - Rangkaian hypermarket keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan kempen “Tawaran Hari...

Najib Terus Kukuh Walaupun Dikritik Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR – Walaupun dikritik dengan begitu hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti terus mempunyai kedudukan yang amat kukuh.

Menurut artikel tulisan editor South China Morning Post, Zuraidah Ibrahim, yang disiarkan akhbar itu hari ini, Najib ‘adalah ahli politik yang boleh diibaratkan seperti bank besar, yang terlalu besar untuk gagal’.

“Ketika menghadiri satu perhimpunan tahun lepas, Mahathir menyeru PM supaya berundur. Pada Mac tahun ini, beliau keluar daripada parti pemerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

“Barangkali, beliau menjangka langkah simbolik itu akan memberi semangat dan keberanian secukupnya kepada mana-mana ahli politik dalam UMNO untuk melancarkan cabaran dari dalam terhadap Najib,” tulis Zuraidah dalam artikel itu.

Editor berkenaan bagaimanapun menyifatkan langkah terbaru Dr Mahathir itu hanya akan “berisiko memudaratkan legasinya sendiri’.

“Berbeza dengan memperoleh apa yang dihajatinya pada 2003, kali ini beliau (Dr Mahathir) mungkin mendapati dirinya meninggalkan gelanggang sebagai orang yang kecundang,” katanya.


Zuraidah juga membuat perbandingan antara Dr Mahathir dan nemesis lama beliau, mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura, yang menurut editor itu, memiliki semangat juang yang sama kentalnya.

Bagaimanapun, kata beliau: “Daripada bersuara dalam kerajaan dalam beberapa kedudukan tidak rasmi secara samar, Lee selalunya lebih suka mempunyai kerusi formal dan bersuara dengan jujur.

“Tahu bilakah untuk berundur adalah satu daripada keputusan kritikal yang perlu dibuat seseorang pemimpin, dan sejarah penuh dengan pemimpin yang bagus, tetapi gagal dalam aspek itu” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori