Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ais Mencair, Dunia Berdepan...

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk global bakal berdepan bencana ‘dahsyat’...

Hari Kekasih Versi Islamik,...

SEKUMPULAN pelajar universiti di Pakistan berhasrat untuk mengubah sambutan Hari Kekasih yang jatuh...

Dovizioso Rangkul Kejuaraan MotoGP...

SEPANG - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso yang mewakili pasukan Ducati merangkul kejuaraan MotoGP...

Abam Rancang Tunai Umrah,...

SALAH seorang ahli kumpulan Bocey iaitu Abam berhasrat untuk menunaikan umrah pada penghujung...

Najib Ucap Tahniah Chong Wei Mara Ke Final

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis Ulang Tahun ke-10 Yayasan Khazanah di sini, malam ini sempat menyaksikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

Perlawanan itu disaksikan Perdana Menteri dan tetamu majlis makan malam berkenaan di skrin besar yang disediakan di dewan berlangsungnya majlis itu.

Kejayaan Chong Wei menewaskan Lin Dan dari China untuk mara ke perlawanan akhir, menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Ketika berucap di majlis itu, Najib menyifatkan perlawanan itu sebagai mendebarkan sehingga ke mata kemenangan.


“Tahniah Chong Wei kerana mencipta sejarah menewaskan Lin Dan. Selepas ini saya akan bergegas pulang untuk menyaksikan penentuan pingat emas acara beregu lelaki antara pemain negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menentang pemain China, Fu Haifeng-Zhang Nan,” katanya.

Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan di pentas Olimpik dengan 15-21, 21-15 dan 22-20 di pusingan separuh akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori