Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Saksi Bicara Laporan Audit...

KUALA LUMPUR - Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Nor Salwani...

Makin Ramai Artis Wanita...

KEBELAKANGAN ni, isu artis wanita bergaya seksi semakin menjadi-jadi.Bermula dengan gaya daring Diana...

“Saya Tahu Ramai Komen...

PETALING JAYA - Mendapat tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe New...

Tengku Permaisuri Selangor Rasmi...

KUALA LUMPUR – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini...

Nak Berpoligami… Dalami Ilmu Agama Dahulu – Salih Yaakob

SELAKU orang yang berpengalaman, pelawak dan penyampai radio popular Salih Yaakob menasihati kepada mana-mana lelaki yang mahu hidup berpoligami supaya mendalami ilmu agama terlebih dahulu.

Salih, 55, yang mempunyai tiga isteri berkata, hidup berpoligami tidak mudah seperti yang disangkakan ramai lelaki kerana ia memerlukan tanggungjawab yang besar.

Menurut Salih, walaupun berkemampuan dari segi wang ringgit, tapi belum memandai untuk menjanjikan kebahagian rumah tangga.

3

“Kehidupan saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan lain yang melalui proses sama. Cuma, saya nak berpesan agar dalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu poligami.

“Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi. Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja. Bukan apa, hidup berpoligami ini tanggungjawabnya takkan berhenti.

“Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui. Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing.


“Paling penting lengkapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya dengan ilmu yang bukan-bukan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adenan Abu ada mengeluarkan kenyataan mahu hidup berpoligami seperti Salih.

Awal tahun ini, nama Salih turut terpalit dengan kontroversi apabila berita penceraiannya dengan isteri kedua, Nor Raha Hamad tersebar sehingga mengejutkan ramai pihak.

Nor Raha juga telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori