Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Larangan Doa: Beberapa Lagi...

KUALA LUMPUR - Beberapa lagi individu akan dipanggil berhubung siasatan kes tindakan pengurusan...

BN Tak Akan Henti...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti berusaha untuk meraih sokongan pengundi...

Vingada Dilantik Sebagai Pengurus...

KUALA LUMPUR - Selain memegang jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada hari...

55 Cedera Kereta Api...

KAHERAH - Lima puluh lima cedera semalam apabila tiga gerabak kereta api tergelincir...

Neelofa Nafi Bakal Berkahwin Dengan ‘Suami Orang’

PENGACARA dan usahawan berjaya, Neelofa baharu-baharu ini didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang bergelar ‘suami orang’ dan dikatakan akan menjadi isteri kedua lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki yang juga merupakan seorang yang berstatus VIP.

“Saya tidak memerlukan lelaki itu dalam hidup saya, jauh lagi wang ringgitnya. Saya tidak memerlukan apa-apa dari lelaki tersebut dan saya baharu tahu tentang cerita ini minggu lalu.

“Saya sudah jemu mendengar cerita yang sama berulang kali. Saya dikaitkan dengan lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu bagaikan tidak berpenghujung.

“Selalu sangat cerita ini dibangkitkan. Sebelum ada yang datang untuk mengasari saya, biar saya maklumkan, di sebalik kelembutan saya, saya juga ada perwatakan seperti lelaki.


“Saya sudah dewasa untuk melawan, jangan ingat saya tidak berupaya untuk mempertahankan diri,” katanya kepada BH Online.

Neelofa juga menepis dakwaan yang mengatakan dia bersama dengan lelaki VIP tersebut kerana statusnya sebagai seorang lelaki yang ternama dan kaya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori