Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Malawi Tuntut Firma AS...

LILONGWE – Malawi menuntut cukai tidak berbayar berjumlah lebih AS$300 bilion(RM1.33 trilion) daripada...

UMNO Sedia Hadapi ‘Bapa...

KUALA LUMPUR – Laungan Hidup UMNO!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan...

Pearl Jam Batal Konsert...

BAND terkenal, Pearl Jam membatalkan siri jelajah konsert mereka di Carolina Utara sebagai...

“Sebagai Ibu Tunggal, Saya...

PELAKON Izreen Azminda memberitahu dia bukan mahu melupakan bidang seni tetapi hanya memperlahankan...

Nenek 77 Tahun Tewaskan Perompak Di ATM

SEORANG nenek yang dirompak ketika sedang mengeluarkan wang dari akaunnya di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bromborough, England bertindak membelasah salah seorang perompak terbabit.

Winifred Peel, yang berusia 77 tahun pada mulanya diserang oleh sekumpulan perompak yang terdiri daripada tiga orang remaja lelaki warga asing.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, Peel mengalami kerugian sebanyak £200 (kira-kira RM1,042.75) dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tindakan pantas Peel berjaya menangkap salah seorang daripada tiga perompak itu dan menghentakkan kepalanya di ATM berkenaan sebanyak tiga kali, manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

Selepas kejadian itu, Peel terus menghubungi pihak polis. Menerusi pengecaman rakaman kamera litar tertutup, kesemua suspek berjaya diberkas dan didakwa kerana melakukan rompakan.

Nenek 77 Tahun Tewaskan Perompak Di ATM


Ketiga-tiga suspek itu dikenali sebagai Felix Stoica (19); Piper Dumitru (18) dan Florin Geblescu (18); adalah warga Romania namun telah lama menetap di Manchester.

Kesemua suspek dijatuhi hukuman penjara. Suspek pertama Stoica dikenakan penjara selama dua tahun, Geblescu pula 18 bulan manakala Dumitru pula terpaksa menjalani khidmat masyarakat selama lapan bulan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori