Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terima Pingat, Syafinaz Tidak...

HAMPIR 30 tahun berada dalam dunia seni, penyanyi, Syafinaz Selamat tidak menyangka jasanya...

SERI Diwujud Untuk Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan Institut Penyelidikan Sosioekonomi (SERI) di bawah Jabatan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Jasin...

DUN Melaka Turut Dibubar...

MELAKA - Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum...

Nenek Mati Akibat Ditikam Di Perut Sebelum Dipenggal

JOHOR BAHRU – Seorang nenek yang dipercayai dibunuh cucu lelakinya di Felda Pengeli Timur dekat Kota Tinggi semalam, disahkan‎ meninggal dunia akibat ditikam di perut sebelum kepalanya dipenggal.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, punca kematian Maimon Abdul Samad, 76, disahkan pakar patologi Hospital Sultan Ismail di sini ketika melakukan bedah siasat pagi tadi.

“Menurut doktor, mangsa mati akibat ditikam di perut sebelah kanan dan mengenai paru-paru pembuluh darah.

“Semasa suspek memenggal kepala dan memotong kedua belah lengannya, mangsa telah pun mati,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, suspek yang berumur 19 tahun didapati memenggal kepala neneknya dengan menggunakan sebilah pisau berukuran antara enam hingga tujuh inci panjang, sebelum meletakkan kepala tersebut di hadapan pintu masuk rumah.

Tubuh mangsa pula berada di bawah sinki di ruang dapur dengan kedua kakinya telah dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus.


Kedua-dua tangan mangsa juga dipotong dengan hanya sebelah kiri masih berada di sisi tubuh mangsa.

Suspek bertindak demikian kerana dipercayai mengalami gangguan mental dan dikatakan tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lalu.

Suspek melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran Felda Pengeli Timur sejurus kejadian sebelum kemudiannya berjaya ditahan, kira-kira 8.20 malam semalam.

Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad hari ini membenarkan suspek direman sehingga 16 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori