Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penguat Kuasa KPDNKK Di...

PUTRAJAYA – Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan...

Darjah Kebesaran Pembakar Semangat...

KUALA LUMPUR - Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri yang dikurniakan Bintang Ahli...

Jemaah Haji Perlu Bayar...

SEPANG - Kerajaan Arab Saudi akan mengenakan bayaran 300 Saudi Riyal (SAR) (bersamaan...

Masyarakat Cina Yakin Dengan...

KULIM - MCA optimis Kampung Baru di sini mampu menjadi kubu terbaik buat...

Nenek Maut Dipenggal Cucu Dipercayai Sakit Mental

KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut dipenggal cucunya yang dipercayai mengalami gangguan mental dalam kejadian di Felda Penggeli Timur di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata dalam kejadian pada 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, bukan sahaja dipenggal malah tangan dan kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.

Beliau berkata kepala mangsa yang dipenggal itu diletakkan di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuh mangsa dijumpai di bawah singki.

“Kedua-dua kaki mangsa dikerat di bahagian paha tetapi tidak putus, manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya tangan kiri yang kelihatan di sisi mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau berukuran antara empat hingga tujuh inci panjang, yang ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah mangsa.

Beliau berkata selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri memasuki kawasan ladang sawit berhampiran, bagaimanapun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung pada 8.30 malam tadi.


“Suspek dipercayai mengalami gangguan mental akibat tidak makan ubat sejak beberapa bulan lepas,” katanya.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. – BERNAMA

(Video sekadar hiasan, bukan kejadian di atas…)

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori