Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Bawah Umur...

TEMERLOH - Dua remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini...

Kelantan Minta Petronas Kemuka...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti...

Ratu Elizabeth Muat Naik...

PEMERINTAH Britain, Ratu Elizabeth membuktikan usia bukanlah penghalang untuk seorang wanita yang berusia...

Malaysia Airlines Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun tiket sehingga 40 peratus kepada...

Next Bike Lancar Ducati Scrambler Sixty2

BUKIT TINGGI – Next Bike Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar motosikal Ducati di Malaysia, hari ini melancarkan Ducati Scrambler Sixty2.

Ketua Syarikat Next Bike, Jack Lo Yong Wai, berkata model itu yang berharga RM52,999 (termasuk cukai barang dan perkhidmatan tetapi tanpa cukai jalan dan insurans), disasarkan kepada penunggang-penunggang yang komited kepada gaya hidup bermotosikal.

“Ia juga disasarkan kepada penunggang wanita yang mahukan motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih kecil bagi menyenangkan pengendalian,” katanya.

Lo berkata demikian pada majlis pelancaran dan uji-pandu Scrambler di sini hari ini.

Sixty2 merupakan stail terbaharu untuk versi Ducati Scrambler. Model sedia ada sekarang ini adalah The Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic.

Katanya, Ducati Scrambler menawarkan kebebasan mencorakkan sifat individu tanpa had dan opsyen gaya, berdasarkan rangkaian barangan serta aksesori Ducati yang luas.

“Barangan kami seperti topi keledar dan jaket, bertujuan bukan sahaja sebagai ‘aksesori tunggangan’ tetapi sebagai pilihan gaya hidup yang sebenar.


“Ia bukan sekadar model terkini tetapi boleh jadi jenama dan pendekatan baharu dalam dunia motosikal,” katanya.

Sixty2 dilengkap dengan enjin bersaiz 399 sentimeter padu, V-Twin dengan sejukan udara serta sistem brek anti-kunci Bosch 9M depan dan belakang .

Ia menawarkan tiga pilihan warna seperti Atomic Tangerine, Ocean Grey dan Shining Black.

Next Bike merupakan portfolio jenama motosikal Naza World Group. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori