Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

SPR Terima 214,118 Permohonan...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan pendaftaran sebagai pemilih...

Pengumuman Agihan Dividen TH...

KUALA LUMPUR : Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi...

Kenaikan Tol: Kerajaan Tidak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendapat ia tidak harus terus menanggung pampasan yang sangat...

Pengendali Lavida Coin Dalam...

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub...

NGO: Fahami Penderaan Seksual Ke Atas Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan kanak-kanak sangat penting bagi menangani masalah itu, kata setiausaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO), dikenali sebagai projek Layang-Layang, Petra Gimbad.

Beliau berkata orang ramai perlu dididik mengenai bentuk penderaan seksual ke atas kanak-kanak kerana dengan pengetahuan itu membolehkan mereka mengesan sebarang tanda seseorang kanak-kanak itu didera dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Program anjuran Projek Layang-Layang bertujuan untuk memberikan pengetahuan seperti ini kepada para peserta, supaya orang dewasa dan kanak-kanak tahu apa itu jenayah seksual.

“Kerap kali, ibu bapa berasa tidak berdaya apabila anak mereka didera atau didera secara seksual. Projek Layang-Layang ini diwujudkan bagi menyediakan sokongan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sedemikian,” katanya kepada Bernama semasa satu forum mengenai ‘Penderaan Kanak-kanak secara Seksual – Apa Yang Anda Lakukan Untuk Menghalangnya’ di sini baru-baru ini.

Seorang daripada penceramah pada forum itu, Dr Zahilah Filzah Zulkifli, yang mengetuai pasukan Kanak-kanak yang Disyaki Dianiaya dan Diabai (SCAN) di sebuah hospital kerajaan, berkata bagi setiap kes penderaan kanak-kanak secara seksual yang dilaporkan, sembilan lagi kes kerap kali tidak dilaporkan.

Beliau berkata tanda seorang kanak-kanak dicabul sukar dibuktikan memandangkan sebarang tanda penetrasi pada kanak-kanak sehingga menyebabkan luka hanya mengambil masa 20 hingga 40 jam untuk sembuh.


“Proses sembuh pada kanak-kanak memang cepat. Oleh itu, apabila seorang kanak-kanak datng untuk menjalani pemeriksaan bagi membuktikan mereka telah dicabul secara seksual, ia sudah terlambat,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau berkata adalah penting bagi ibu bapa untuk mempunyai pengetahuan mengenai penderaan kanak-kanak secara seksual sebagai pencegahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Projek Layang-Layang, sila layari laman sesawang mereka di www.facebook.com/projeklayang2 atau e-mel mereka di [email protected]. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori