Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Disyaki Bunuh Lima...

CAMDEN, Alabama - Seorang lelaki disyaki membunuh lima anaknya di Carolina Selatan dan...

7 Termasuk 2 Anggota...

KUALA KANGSAR - Tujuh termasuk dua anggota polis cedera selepas bas ekspres dinaiki...

ADUN Chenderoh, 10 Ahli...

IPOH – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh serta 10 anggota UMNO yang...

Jerebu: Nelayan Muar Dalam...

MUAR - Sejak jerebu teruk melanda negara termasuk daerah ini, lebih 1,000 nelayan...

Noh Omar Dianugerahi Pangkat Kehormat Bomba

PUTRAJAYA – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar hari ini dianugerahkan pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) atas sumbangannya dalam bidang kebombaan.

Majlis penganugerahan pangkat itu berlangsung di pejabat menteri dan disampaikan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim.

Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Noh melaksanakan projek menaik taraf Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Tanjong Karang serta membangunkan jabatan itu sebagai organisasi berprestasi tinggi.

Noh juga memainkan peranan penting dalam penubuhan pasukan Bomba Komuniti Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 9 Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang serta Rumah Pangsa Sri Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan, katanya.

“Ia (penganugerahan itu) juga bagi menjadikan Menteri (Noh) sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan,” katanya.

Pada majlis berasingan di kementeriannya, Noh melancarkan drama ‘Hero’ yang disifatkannya satu platform bagi menghargai pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang komited menjalankan tugas kebombaan tanpa mengira waktu.

Dalam ucapannya, Noh berkata sering kali jabatan bomba dipandang ringan oleh kebanyakan masyarakat kerana tidak menyedari tugas anggota bomba bukan sekadar memadam kebakaran atau menyelamat mangsa, tetapi melangkaui batasan kehidupan.


“Malah, apabila rumah dimasuki binatang berbahaya seperti ular, (anggota) bomba akan dipanggil. Apa yang penting, anggota dan pegawai bomba diterapkan dengan ciri-ciri ikhlas, suka menolong, sabar serta tidak mudah berputus asa.

“Contohnya, ada satu kebakaran baru-baru ini dan pegawai bomba masuk rumah terbakar itu, jumpa duit dan memulangkan kepada tuan rumah. Itulah komitmen dan sifat mulia yang menaikkan nama dan martabat bomba,” katanya.

Mengenai drama bersiri 13 episod itu, Noh berkata ia adalah hasil cetusan idea Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan itu bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat umum tentang skop tugas serta cabaran anggota bomba.

Drama arahan Bade Azmi, yang memulakan penggambaran pada 25 Nov lalu, akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, pukul 9 malam di saluran TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 5 Sept ini.

Drama yang diterbitkan Nasreen Ngasri atau lebih dikenali sebagai Darling merupakan usaha sama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Penyiaran Malaysia dan syarikat NS Star Sdn Bhd.

Drama itu yang difilemkan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, sekitar Kuala Lumpur, Selama (Perak) dan Terengganu, dibintangi Sharnaaz Ahmad, Tiz Zakiah, Fezrul Khan, Datin Anne Ngasri dan Mimi Emida. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori