Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

22 Serpihan Ditemukan Setakat...

BINTULU - Sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius...

Yingluck ‘Tinggalkan Negara’ Sebelum...

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra telah 'melarikan diri' dari negaranya...

“Saya Maafkan Tapi Akan...

KUALA LUMPUR - "Berat nak cakap, tetapi jujurnya saya maafkan tertuduh, apa yang...

Cium Seluar Dalam Isteri,...

TERDAPAT laporan tertentu dikatakan telah mengkaji kesan perbuatan mencium seluar dalam isteri. Nampak agak...

Nuan Nuan Mungkin Dihantar Pulang Ke China

KUALA LUMPUR – Zoo Negara tidak merancang melanjutkan tempoh penyimpanan Nuan Nuan, anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China, selepas tahun depan.

Ini kerana kos tinggi yang perlu ditanggung jika dilanjutkan tempoh dua tahun yang ditetapkan dalam perjanjian antara Malaysia dan China, kata Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Seri Zaharin Md. Arif.

“Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, kami perlu membayar kos sewa sebanyak AS$600,000 (AS$1 = RM4) secara ‘one off‘ atas anak panda itu tidak termasuk premium insurans tahunan bernilai RM200,000.

“Namun demikian, kami akan berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan China Wildlife Conservation Association tentang perlanjutan tempoh simpanan anak panda itu pada bulan November nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari jadi ke-10 pasangan panda gergasi di Zoo Negara hari ini.

Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli berkata jika tempoh simpanan Nuan Nuan panda dilanjutkan, kos penyelenggaraan dan pengasingan ruang perlu diambil kira.

“Hal ini kerana tempoh ‘relationship‘ antara ibu dan anak panda adalah di bawah dua tahun dan selepas itu anak panda akan diasingkan daripada ibunya untuk hidup berdikari.

“…dan kontrak itu hanya boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi,” tambah beliau.


Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 kelahirannya, dua kek buah-buahan khas disediakan untuk Xing Xing dan Liang Liang di kawasan pameran Giang Panda Conservation Complex.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan majlis hari jadi pasangan panda gergasi itu.

Dr. Mat Naim berkata Xing Xing dan Liang Liang serta anak mereka Nuan Nuan berada dalam keadaan sihat.

“Setakat ini berat badan mereka masih kekal dan tidak pernah menyusut iaitu Xing Xing pada 130kg, Liang Liang beratnya 109kg dan Nuan Nuan pula 31kg,” katanya.

Pasangan panda gergasi itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama Fu Wa dan Feng Yi, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • panda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori