Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PH Hipokrit Kecam PRN...

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Gabungan parti...

Tuah Penghidu Keju, Hidung...

JIKA dilihat kepada luarannya, tiada apa yang istimewa dengan hidung Diane Cox, namun majikannya...

Kerajaan Hormat Keputusan Tempoh...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan hormati keputusan mahkamah dan Jabatan Penjara mengenai tempoh hukuman...

Peneroka Perlu Beri Sokongan...

SEGAMAT - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu peneroka memberi...

Nur Shazrin Hasrat Timba Pengalaman Di Rio

RIO DE JANEIRO – Pelayar wanita pertama Malaysia di Sukan Olimpik, Nur Shazrin Mohd Latif bertekad untuk tidak mempersia-siakan peluang menonjolkan kehebatan di Rio, meskipun ia merupakan aksi sulung beliau dalam Sukan Olimpik.

Atlet remaja berusia 18 tahun, kelahiran Johor itu, bagaimanapun mengakui terkejut beliau layak ke Rio kerana sasarannya hanya untuk membuat penampilan sulung di Olimpik Tokyo pada 2020.

“Oleh kerana saya sudah berada di sini, saya tidak akan mempersia-siakan peluang malah akan berusaha mengasah bakat saya dan menimba pengalaman daripada pelayar terbaik dunia dalam acara Laser Radial,” katanya di sini hari ini, menjelang pertandingan beliau pada Isnin.

Nur Shazrin, berjaya menempa tiket ke Olimpik selepas memenangi pingat perak di Kejohanan Asia di Abu Dhabi, Mac lepas.

Sebagai pelayar termuda dalam acara berkenaan, Nur Shazrin dan pelayar lelaki negara yang lebih berpengalaman, Khairulnizam Mohd Afendy telah membiasakan dirimereka dengan keadaan angin dan venue perlumbaan, sejak dua minggu lepas.

Jurulatihnya, Norhisham Mat Noor percaya Nur Shazrin mempunyai keupayaan untuk mencipta kejutan sempena penampilan sulung beliau di pentas dunia.

Daripada pemerhatian saya terhadap pesaing lain semasa latihan, saya mendapati tiada jurang besar antara Nur Shazrin dengan pelayar lain.


“Beliau mesti pandai meramal keadaan angin dan air pasang pada hari perlumbaan untuk membolehkan beliau melakukan yang terbaik,” katanya.

Katanya, penghalang utama bagi pelayar lazimya ialah keadaan angin yang tidak menentu dan keadaan air pasang.

“Faktor-faktor ini memberi peluang sama rata kepada semua pelayar agar bersaing secara adil untuk memburu pingat.

“Peluang ada buat Nur Shazrin, namun beliau perlu melakukan yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori