MENCUCI tangan dengan betul merupakan kaedah terbaik untuk mencegah penularan kuman dan bakteria.
Oleh sebab itu, sejak dari zaman persekolahan kita sudah diajar langkah demi langkah cara untuk mencuci tangan.
Selain itu, cara mencuci tangan juga dapat dilihat menerusi papan tanda yang dipamerkan di hospital dan klinik.
Bagaimanapun, sekumpulan jururawat di Indonesia mempunyai cara unik tersendiri yang lebih catchy mengajar orang ramai mencuci tangan.
Ini kerana, mereka mengajar cara cuci tangan sambil menari mengikut rentak Goyang Dumang nyanyian penyanyi terkenal Cita Citata.
Aksi tersebut turut dirakam menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Rumah Sakit Udayana Denpasar di ibu kota Bali.
Difahamkan,Ă‚Â tarian itu dibuat sebagai majlis Persiapan Akreditasi. – MYNEWSHUB.CC