Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bilik Hotel Bertemakan Filem...

PASTINYA perkhabaran ini menggembirakan peminat setia filem Harry Potter karya J.K Rowling.Ini kerana...

Innalillah, Nenek Jokowi Meninggal...

NENEK kandung kepada Presiden Joko Widodo, Sani Wirejo dilaporkan telah meninggal dunia dalam...

Pertemuan Wisma Putra-Dr Huang...

PUTRAJAYA - Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang sedang mengadakan pertemuan dengan...

Orang Islam Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan individu beragama Islam tidak boleh...

Olimpik Rio Bukan Yang Terakhir Buat Azizulhasni

RIO DE JANEIRO – Sukan Olimpik Rio di sini bukannya yang terakhir buat pakar keirin negara, Azizulhasni Awang yang mengejar pingat sulungnya dalam cubaan ketiganya di temasya sukan dunia itu.

Pelumba berusia 28 tahun itu berkata beliau mempunyai keupayaan untuk mencapai kemuncak dalam sukan berprestasi tinggi dan menyangkal bahawa Rio adalah impian terakhir Olimpiknya.

“Saya dalam perjalanan untuk bermula ke puncak … ini adalah ketikanya untuk menaiki podium, kata Azizulhasni yang berada masing-masing di tempat ke-10 dan keenam pada Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

Diletakkan sebagai atlet berpotensi membawa pulang pingat emas untuk negara, Azizulhasni berkata soal bersara selepas Rio tidak terlintas di mindanya biarpun ramai mengatakan temasya kali ini merupakan yang terakhir buatnya.

“Banyak jaguh dunia hanya bermula untuk mencapai puncak kerjaya mereka selepas 28 tahun dan ini berlarutan sehingga beberapa tahun, kata pelumba yang berpangkalan di Melbourne itu di sini hari ini.

Azizulhasni, pemenang pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China percaya bahawa beliau masih mampu menjadi antara yang terbaik dalam acara itu dan tidak akan berpuas hati selain daripada pingat emas di Olimpik.

Beliau berkata pemenang pingat emas selama enam kali, Sir Chris Hoy dari Scotland hanya bersara daripada sukan itu selepas berusia 36 tahun dan memenangi 11 gelaran dunia.


Azizulhasni yang mempunyai ketinggian 166sm dengan berat 69kg digelar ‘Pocket Rocketman’, memenangi sebutir pingat gangsa dalam kejohanan dunia di London, Mac lepas.

Bagaimanapun, pingat emas Olimpik di dalam mimpinya sebagaimana atlet lain dan beliau tidak akan menggantung basikalnya selagi tidak mencapai mencapai impiannya.

“Semasa saya muda dan baharu menceburi sukan berbasikal, saya menulis satu nota mengenai impian saya untuk memenangi pingat Sukan Malaysia (Sukma), kejohanan kebangsaan, kemudian Sukan SEA, Sukan Asia dan Olimpik.

Saya tampal nota itu di dinding dan melihatnya semasa saya seorang remaja,” kata beliau mengenai kesungguhannya untuk memenangi sebutir pingat di Olimpik.

Azizulhasni akan bertanding di dalam acara keirin pada 16 Ogos ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori